Monday, December 12, 2011

buku oH buku ! ~

assalamualaikum,,

wokey ! ~ baru sempat meng updated blog ! ~ huhu,, bende neyh nak update 7/12/11 ary tuh,, tapi maklum lar,, kesibukkan melanda ! ~ hehehe,,, ary tuh,, time untuk pulang balik buku yang aku pinjam,, BUKU TEKS TINGKATAN 5,, adat meminjamkan,, da pinjam, kene pulang balik,,agak sayu jugak aty semasa mengemas n mengikat buku tuh ngan rapi,, buku tuh,, banyak tolong aku,, jika nak dibandingkan ngan ilmu yang aku ada,, memang x seberapa lar ngn buku tuh,, manyak wooa ! ~

neyh buku yang aku sempat snap sebelum menghantar ke sekolah semula, ! ~,, hehe,, tuh tgn aku,, saje tnjuk tgn,, hehehe,,,

tgk lar,, buku neyh,, 


ni sume buku yang telah siap n telah dipulangkan dalam keadaan yang selamat,, selamat tinggal buku,, setiap buku mempunyai pelbgai ilmu n tersimpan 1001 kenangan sama ada phait ,mahupun manis,, terima kasih, whai temanku ! ~ ^_^


Thursday, December 1, 2011

perkara yang korng akan wat pas abz exam !?

assalamualaikum,,
hoho,,slam hari jumaat,, salam 1 malaysia,,HAHA,, ceh !~ macam nak bagi ceramah plak yek ? hoho,, apew yang buat aku nak update blog neyh ? err ~ aku keterbosnan actully,, ngah sempoi2 dok berangn2 tuh ttbe dtg lar idea yg x sberapa neyh klua dri ktok fkirn aku ni,, huhu,,tjuk dye kalian ley tgk mcm kat ats tuh ha ? amcm ? meh cni aku habak ! HAHA,, ni lar antra perkara yang aku tersangat pasti bile dax2 berstatus mcm aku (stdnt lepasan spm ) wat bila da abz exm,, yok kite usha , huhu :

yang pasti balik jew uma,, da habis exam,, korang akan jerit macam neyh , rite ? kalo bley ko nak sume orang tau ko da abz exm n saje nak wat kawan2 korng yang x abz exm ag jeles ! ~ tol x ?,, HAHA

pastu, muka korang akn mcm ni ! ~ tersnyum bahagia jew sebab da lepas tanggungjawab korng jawab exm,,n wat muka poyo yg ala2 comey neyh dpn mmbr2 korng yg x abz ag ! ~,, alhai,, mmg compom lar x lme tuh ! ~ HAHA,,

then koranh x lar rasa beban ag untuk membaca buku2 yang bnyk tuh ! ~
HAHA,, x serabut ag da ! ~

then,, bila korng da bosan,, mcm ni plak da jadinye,, korek hidung x bertempat ! ~ HAHA,, bg korang agkny ni jew lar keje yg ok tok hlngkan boring ! ~ uuueee ~ aty2 yek,, korng wat mcm neyh,, cpew2 pown x nak dkt ! ~ HAHAHA

 then, sudah pasti lar korang akan dok berfb jew kan nanti,, pagi,petang,siang, malam,,pasti berkepit ngan fb ! ~n paling masyuk bile kawan2 korng yang x abz exm tuh wat status "untng lar da abz exm kan !'" haa,, mcm tuh lar, ayt jeles ~ wink2 ! ~

n last,, korang akan hang out nak teman2 korng,, x tman pown ngan buah aty korng kew,, ( bg yg ade ler,,yang x ad mcm aq,,ddk diam2 HAHA ),, mase tuh,, enjoy lar puas2,, HAHA,, blik uma lopong,, di=uit da tadak ! ~ HAHA

n last,, neyh jew yg korng mampu wat sebab da mati akal n terlampau bosan x tau nak wat pape kan ! haha,, juz itu yang mampu HAHA,,,
pada kalian sume,, hrap terhibur la,,base lar,, boring ttp boring tapi idop mesti diteruskan,, wink2,, stakat neyh jew dlu,, daa ~ s


selamat tinggal baju putih ! ~

 assalamualaikum,,
haloo, haloo,, halooo,, lame suda tidak mndgar khabar blog aq neyh ! ~, err,, maklum lar,,, sumenye "exam fever " whoa ! ~,, nmpak x tjuk kat ats tuh,, wat gempak jew kan,,msti owg ngat pew jdah lar tuh ! ~,, HAHA,, ni bukan psal mati !, BUT ,, pasal kemerdekaan ! ~,,hbisnye peperangn aq menjwab exm paling terbesar dalam MALAYSIA neyh ! ~ SPM  !~ wee ~,, strt 30hb nowember iaitu semalam,, tepay jam 3.30 ptg aku sudah memegang gelaran #stdunt lepasan SPM#,, whoa ! ~ mcm da bso sgt jew an ~,, huhu,,x la bso mane pown ! HUHU,, hurm,,bile da abz exm,, sume owg kap,, whoa da ley bako da bju skola tuh ! ~,, da ley cmpak jaoh2 !,, no,no,no der ! ~,, x mau lar,, sayang,, bju yang pnoh denagn 1001 kenagn,, ! ` kalo lar,ley d;framekan,, da lame aku buat, tau ? HAHA,,
 lepasan ni,, x dpt lar merasa g skoal pgi,, mangon pagi,,kene marah ngan cikgu,, n whatever yg ad ! ~ sumnye juz tgl kenangan,, HHUUH,, so,, pada pelajar2 SPM,, tahniah kerana dah berjaya jwb exm ngn sempurna ! ~ HAPPy HoliDAy ! ~ chill ! ~ :))


Wednesday, November 2, 2011

KL _ jalan & release tension ! ~

   hyep ! ~ huhu,, lame da aku x update ini blog !~ zz ~ huhu,, lately buzy,, mod x der nak update !~ huhu,,ni tah knp ttbe jew ley jadi rjin lak, ! ~ huhu,,ary tuh 28-30 oktober 2009 aku and student 5 baiduri n 4 baiduri g program SEMINAR SKOR A SPM 2011 anjuran BERITA HARIAN kat dewan NSTP , Kuala Lumpur ! ~ huhu,, kitorng start drive from JB to KL (ceh ! ~ drive plak,,pak cik bas yg bwak ! ) dalm kol 4 lng gtu,, 

 dalam bas,, snap ag ! ~ HUHU,, memang kaki amk gmbar K.A.M.I berdua ! ~ agag ~

singgah kat PERHENtIAN Ayer Keroh, Melaka,, HUHU,, memang syok dinner kat ctuh ! ~ 

ni ha ! ~ aku order nasi aym n teh ais ! ~ menu aku same jew ngn member aq wani ! ~ huhu,,,

haa ! ~ yang ni air teh ais ! ~ sslllrrppp ! ~ sedap ! ~ sjuk jew ,,,grr ! ~

 sebelom balik kew bas,, sempat snap kejap ! HEHE,, aku yg purple tuh,, ag cowng bff aq,, WAni ! ~

huhu,,pastu dalam kol8 lbh tuh da grak g KL, then cari2,, kitorng sume ngatkan juz tdo kat mane hostel @ tumpang mane2 jew arn ! ~rupenye tido kat ADAMSON HOTEL KUALA LUMPUR ! ~ whoa ! ~ base la dax2 yg jrang tido hotel, agak "jakun" la kan bile dga tdo kat ctuh ! ~hH,,

 ni ha ! ~ hotelnye ! ~ huhu,, colourfull ! ~grr ! ~

sampai hotel dalam kol1o lbh,,check in ! aku n wani dapat bilik no 317 tingkat 3 ! HUHU,,,excited tgk bilik ! ~
ni bilik aku,, agk kecik ckit berbanding bilik2 dax2 ni ! ~,, xpew la,,janji ad tempat menginap ! ~
huh
,,pastu rehat ! ~esok da start programnye,, HUHU,, time for golek ! ~,,hhuhu,,

 
ni pagi2 punye x ad keje ! ~ huhu,, ttgu mmber aq siap2 sat ! ~ HEHE
 
kelas tuh start kol8 pai kol5,, huhu,, time for study ! ~ fokus efa ! fokus ! ~ HUHU
ni after lunch ! ~ amik gambo sat ! ~ kenangan ma ! ~ hehe,, dayah, nadz n me ! ~


 
 ni sume amik gambo tok msuk dlm surat khabor buatan sendiri ! ~HUHU

 posing ag ! ~

cewh ! ~ awek Bandar Tenggara ! ~huhuh,,
 ini khalidah a.k.a kelly ! ~ huhu,, gigi ! ~

fly malam kol11 lbh,, HUHU,, x ad keje,, bosan malam tuh ! tapi bukan berdua,, bertiga ! ad cowng hero teman kitorng,, fly senyap2 ! kantoi ! mampos aku ! HAHA

 huhu,, nampak kete tuh ! ~HAHA,,

posing jap ! ~
 haa ! ~ ni member aku yang teman kiotng pi fly mlm2 buta tuh ! ~HAHA,, thank arip ! ~ huhu,,
nak msukkn agi pic memang banyk,,tapi setakat nie jew larh dulu,, huhu,, adik da merengek mnx lappy ! ` adoi ! ~,,out dulu ! huhu


memory terindah! ~ ^_^











Thursday, September 15, 2011

pernah ~ ferhad

lagu neyh macam x best tapi macam best,,tapi aku suka lirik dye,,huhu,,bawa makna mendala, HUHU,,

Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku
Uhh yeahh

Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya

Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru... uh yeah...
Kerana aku pernah... pernah yeah...

Kisah yang lama mengajar aku
Agar bahagia hidup bersamamu

Hey hey... Yang ku cinta...


tuhan lebih menyayanginya :)

assalamualaikum,,,w.b.t..
bila bercerita tentang mati,sume orang takut,semua orang gerun,,tapi perasaan tuh kadang2 sekejap jew kan,,sebab kita x pernah terfikir pown kita akan mati macam mane? adakah kita akan mati dalam keadaan beriman ATAU dalam kita melakukan dosa? kita sendiri tiada jawapanya,,agak2 sempat tak kita bertaubat sebelum mati?,,isshh,,jauhkan lah,,kat cni ada story ckit,,baca la,,

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

 masyaallah,begitu peritkan ketika nyawa kita mahu ditarikk keluar dari badan,,saya harap,,kisah neyh dapat dijadikan iktibar untuk semua,,

Friday, September 9, 2011

nukilan terakhir untuk si dia,,

assalamualaikum,,w.b.t,,
mownink sume,,orang kata pagi2,bgon tido jew kite kne senyum,,bkn bermakna kita gila,,tapi snyum tuh la yang akan memberi aroma kebahagiaan kita sepanjang hari kita nanti,,so,,snyum,,,HAHA,,oppss!,,lari tajuk,,ary neyh aku bukan nak berceloteh tenteng senyum,,cukupla sekadar tazkirah pagi2 neyh tok kamo semua,,HEHE,,,berbalik pada tajuk aku nun di atas tuh ha!,,

"nukilan terakhir buat si dia"..
ikutkan mcm x nak buat video neyh,,tapi tetibe aty berkeras plak nak buat,,so,,aq buat la,,video ni khas untuk si dia,,walaupun dia da bahagia,,tapi vdeo nie mmg aq nak buat,,vdeo terakhir,,pada sesiapa yang menonton video neyh,,sowey ea,,vdeo neyh bnyk wat hal ckit,,base la,,owg baru blaja wat vdeo,,HEHE,,

p/s
awak,video neyh saya buat untuk awak,,sebenarnya da lama saya nak buat video tentang perjalanan kisah kita,,tapi,x sangka la kisah tuh berakhir mcm neyh,,tiada apew yang bernilai yang mampu beri pada awak,,mungkin,bagi awak sekarang video neyh da x bermakna,,tapi bagi saya inilah video ciptaan sya yang pertama dan awk orang pertama yang saya beri,, video neyh sangat bermakna buat diri saya,,ni la yang terakhir,,dan sumenye da sampai ke penghujungnya,,,,:')



"one of the hardest  things in life is watching the person you love, love someone else"


Thursday, September 8, 2011

roda kehidupan

assalamualaikum,,,
da lme da aku x dpat update blog nie,,rindu juga,,HAHA,,x smpat nak update,,trial da mla da ary isnin ary tuh,,so,buzy la tok "berdating" ngn buku2 yang ada,,HAHA,,tapi tok lpaskan gian neyh,,kne curi masa ckit tok update!,,HEHE
alhamdulillah,
sepanjang aku naik sekolah ni,,mood aku dalam keadaan baik,,happy bile ngan kawan2 n da bley tok terima kenyataan ckit dmi sdikit,,,bukan mudah nak berhadapan ngan orang yang da menyakitkan hati kita,,tapi bukan mudah juga untk melupkan tentng dia,,hidup ni ibarat roda,,kadang kala kita berda di ats dan kadang kala kita berada di bawah,,kalo dalam bi dye "what goes around comes around,what goes up must comes down"..tapi bila kita berada di atas kadng kala kita lupa ketika zaman kejatuhan kita di bawah ka,,ala,,biasa la tuh,,manusia mudah lupa diri,,
manusia juga mampu berubah,,berubah mcm ne tu aku pown x pasti,,tapi bagi aku manusia neyh bley berubah hanya kerana kecantikkn,,nafsu, dan duit ataupun memang tuhan bagi nur tok dye berubah,,t
api kalo kita nak berubah x gune kita juz ckap kat mulut tapi x pernah terniat kat aty dan x berusaha tok melakukan perubahan tuh,,sejauh mane kita berlari,sejauh mane kita pergi dan sejauh mane kita bersembunyi,kalo kita memng x nak berrubah,,kita tetap x kan berubah n still wat silap yang same jew,,even kalo kita tukar pasangn,,kalo kita x nak berubah,,x kn berubah pny la,,pape sume dtg dri aty,,
kalo kita nak berubah, berubah la ikhlas kerana allah,,sebab tiada cinta setulus cinta allah,,tiada cinta yang setia melainkan cinta allah,tiada cinta yang kekal melainkan cinta allah,,subhanallah,,cinta allah itu x kan pernah dapat ditandingi oleh manusia,,setia mana cinta seorang manusia,jika tanpa iman,pasti ia akan gundah gulana,,

kebahagiaan kau telah kau temui,,penderitaan ku sedang aku lalui,,meskipun aku memaafkan segala kesalahanmu,tapi ingtan masih segar tentng semua khilafmu,,sakit mata ku bila melihat wajahmu,,tapi terima kasih kerana melepaskan ku,,kerana aku sekarang sudah temui cinta yang benar2 pasti dan tulus menyintaiku,,cinta dari allah,,bagi aku msa untuk memulihkan keadaan semua ini,,dan aku pasti,,kebahagiaan pasti aku temui,,



Friday, August 26, 2011

shopping raye??!!

assalamualaikum!!!,,,,,,
halooo,,halooo,,,ha,,ramadhan da nak sampai ke penghujungnya,,,syawal pula da nak menjelma,,,trial SPM pula da nak bakal tiba,,huhu,,,kalo cite psal raye msti sume owg suke,,,suke sebab dapat bli bju baru,,kasut baru,,tdung baru,,,slua baru,,sume nye baru2 an,,tapi yang penting dpat duit raye yang baru2 punye,,hahaha,,,tapi jgn lupe,,korng pose pnuh x?,,kalo x pose pnuh x pyh la berngan nak rye sgt,,,hahah,,,sebenarnya kenikmatan menymbut syawal lebih best jika kita betul2 menhargai bulan ramadhan yang penuh kenikmatan dan keberkatan neyh tau,,baru la btol2 rase nak raye!,,,

owh ya!,,bila cite raya,,pasti kaum2 wanita teruja,,sebab kebanykkan kaum wanita neyh lebih gemar shopping2,neyh,,termasuk lah aQ,,hhaha,,,banyk barangan yang boleh dibeli,,,kalo g shopping kat bazar,,neyh ha,,mcm2 korng dpt shopping,,,

neyh ha,,bju melayu,,lawa2,,cantik2,,murah pown boleh tahan la,,kalo twar neyh,,pasti dpt punye,,

 haa,,kuih2,,hahah,,,skrng neyh,,bnyk kuih raye yang da siap,,tgl bli jew,,tapi mhal la ckit,,lbh berbaloi kalo kita buat sendiri,,agpn bila ag an nak blaja wat kuih,,kn3,,,

 neyh ha,,kat mall,rmai an,,sesak gile,,so,kalo nak bli bju jgn bli last mnit,,susah,

hahah,,kalo shopping neyh,,1 ary pown lom tntu puas,,tapi memang best n sgt memenatkan,,sng kata bila kita shopping sume mslah ley lupa,,tapi blik mulut menganga cbb da x ad duit,,so,,jgn la pai mcm tuh yek,,ala kdar la,,syawal bukan sekali,,ctiap tahun kita smbut,,so,,berjimat-jimat la,,,jgn membazir,,keran membazir tu amalan syaitan,,ngat ye!,,

 so,,k la,,pnt sgt,,da shopping puas2,,kaki naik lguh,,sume nak da dpt,,,aty sng,,jiwa tenang,,pada dax2 yg nak SPM tuh,,jgn lupe raye2 jgk,,stdy jgn lupa,,heheh,,,k,,














Tuesday, August 23, 2011

satu tekad,,aq pasti akan buat

assalamualaikum,,
PERHATIAN!!!,,,

1- aq akan berusaha untuk tidak cday2 ag,,(sng kat x emo la),,HAHA,,
2- start ary neyh,,aq akan cuba bersikap positif!,,
3- aq akan cuba menjadi 'wonderful gurl" yang sentiasa ceria,,
4- aq try tok focus pada study,,
5- aq akan berjanji aq mampu hidup wlonpn tanpe lelaki,,
6- aq jnji aq bngkit dri kekecewaan,,
7- aq janji aq x kan crita ag psk mslh neyh
8- aq berjanji jadi seorang yang pemaaf,,
9- aq try de best tok wat yg terbaik dlm idop aQ,,
10- aq jnji aq x kn kapel slgi spm x lpas!,,HAHA,,,,

single itu lebih bermakna,,HAHA,,kata2 owg yg jeles!,,hahahah,,,doakan aQ tau!,,huhuhu,,,

mmg kelakar,,tapi neyh satu tekad aq,,kalo dye mampu idop bhgia,,aq pown mampu,,insyallah dengan izin tuhan ,,x ad pew yg mustahil dlm dnia neyh kan,,tggu la kmunculan hidup aq yang baru,,,aq x nak brsdih,,kalo aq sdih,,itu bermakna aq seorang yang kalah,,pew yg berlaku,,,jdikn pngajran,,pew yg akan dtg jdikn impian,,kn3,,,think positif,,no emo2,,aq akan berubh cara aq,,tuhan,,bantu aq ya allah,,amin,,:)

                                                                                                      nukilan_bdax x ad keje!

Tuesday, August 16, 2011

"relationship" to be "single",,,remove sister from your fb!


statement menarik,,x sangka,,btol2 kau da buang aku kan sayang,,btol2 ko buat,,so,mmg tol2 la aq x perlu mengharapkan kau lagi,,first,kau drpd 'relationship' to be 'single',,n then kau buang aq dri sister ko kan,,huh!,,,,pdan muka kau epa!..orang da x sayang cbok sgt nak mengendeng,,x tau malu btol kau neyh kan epa!,,mlu pda dri sendiri la,,dye da x ad aty kat ko,,terima jew la hakikat yg dye da ad gurl lain,,kn sng,,ptg2 kau tggu dye mcj watpe..ko ngat dye hingin sgt nak ngadap muka ko ary2,,nak mcj ko,,huh!,,ko jgn prsan la epa,,now!,,his time not for you but for his truthly gurl, la,,,argh!,,tidak,,wake up epa,,bgon,,berpijak pada dunia yg nyata,,kau mmg x layak tunggu dye,,dye da lpekan kau,,ske aty dye la nak watpe dye suka,,dnia dye bukan dnia kau ag,,hurrrmmm,,,kenytaan mmg pahit,,,apew yg mampu dibuat,,rdha la,,,mybe kat skola tadi dye lyn ko juz sbgai kwn,,not more than that!,,ok2,,fine,,aq perlu berubh,,jgn mengharap lagi,plez ya 

allh,,bantu aku,,kuatkan aku,,tabahkan aty aQ tok menghadapi ujian mu,,aq da x lrat da nak bngkak kn mata aq neyh ha!,,,plez,,,tmat kat cini jew la,,da!,,focus tok stdy,,encet ko biar la dye x bnyi,,x ad owg mcj ko,,bio jew,,jgn asyk pndng fon kau,,,nti ko ngat dye,,lupkan ok!,,new life with new dream!,,ok!,,epy sume mslh lupe!,,ngn prmpuan tuh!,,kau juz tgu,,t kte jumpa,,aq nak jdi kwn kau,,
ya allah,,kuatkan lah hati hambunya yang kerdil in ya allh,,kuatkanlah hati ini ya allah,,tatkala menyusuri jalanmu yang penuh cabaran dan dugaan ini ya allah ,,untuk mencari keredhaan m,,sesungguhnya aq rapuh!,,ya allh kadang2 aq berdoa untuk kuat,,tetapi banyak pula dugaan yang mendatang,,kadang2 aq berdoa untuk menjadi seorang yang cerdik tetapi masalh pula yang mendatang,,kadang2 aq berdao untuk diberi kebahagiaan tetapi lara pula yang mendatang,,ya allah,,perit getir untuk aq mendapat kemanisan iman mu ya allh,,x pew epa,,pegang kata2 neyh,,

"DUGAAN MENJADIKAN MENTAL KITA KUAT, 
MASALAH MENJADIKAN KITA BERFIKIR,
HURU HARA MENJADIKAN KITA TABAH"..

"dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekuranagan harta,JIWA dan buah-buahan. dan berikanlah kami berita gembira kepada orang2 yang sabar!" (Surah al-Baqarah, ayat 155"






Saturday, August 13, 2011

x pew sayang,,saya masih mampu bersabar!

 tak sangka kenangan yang dicipta musnah macam tu aje, dulu kau beri hrapan dalam hidup aku tapi sekarang kau beri tangisan dalam hidup aku, kamu musnahkan kepercayaan aq,kau hancurkan kesetiaan aku,kau rosakkn impian aku,kau kecwakan aty aku,aku da lama maafkan kau syang,tapi aty aq susah untuk melupakan ksedlahan kau..cukuplah,dunia sekarang da maki2 aq,,da hina2 aq ats sume bende neyh yang karut macam neyh,,aq x nak hubungan neyh berakhir ngan pergaduhan,,aq x nak aq bergaduh dengan kaum aq sndri semata mata untuk merebut ko,,aq sedar,naluri,perasaan,sayang sume itu lahir dengan semulajadi,tiada apew yang menghalang naluri mnusia..aq sedar dimana khilaf aku,mungkin aku tak layak buat dri kau,tak sempurna tok idop kau,mungkin aq hanya sekadar persinggahan kau untuk menutupi setiap kesunyian yang ada pada diri kau,,dan kini kau da jumpa dunia kau yang sebenarnya sayang,,aq ingat pada janji2 aq dlu,,aq akan melepaskanmu bila kau sudah temui teman hidup kau yang sebenar,aq tunaikan janji aq,,aq hrap kau bahagiakan dye suatu hari nanti,,aq harap ko akan setia pdanya,hargainya,dan jgn sakitinya,,ngatlah syang,dunia kau dan aq kini berbeza,,mungkin perempuan bodoh mcm aq x layak tuk berdamping ngan lelaki yang penah dinobatkan pelajar top5 pndy kat skola..ok,,
terima kasih kerana sudi mencipta kenangan bersama aq,,terima ksih kerana memberi kejujuran,,kadang2 kejujuran memang menyakitkan..tapi aku bangga kerana kau la lelaki yang sangat jujur dalam hubungan neyh..tapi kesakitan yang aq tanggung x kan pernah kau fahami,hurm,,sampai kat cni jew,,aq akan sentiasa doakn kejayaan kau,,kebahagiaan kau,,semoga hidup kau penuh warna warni apbila menemui cinta sejati kau,,selamat tinggal syang!
 la tahzan ma'anallah,,jangan bersedih sesungguhnya allah sentiasa bersama kita!

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan & genapnya 2 tahun bersama!!


assalamualaikum..
            salam ramdhan,,salam 1 malaysia,salam 1 ummah,,
ramadhan ya ramadhan,,alhamdulllilah,,dapat juga kita bersama-sama menyambut bulan ramdhan yg mulia pada tahun ini. ag taon neyh aq nak exam,,sudah pasti aq btol2 nak mersai kenikmatan dan kemanisan ramdhan,,bulan yg sentisa ditunggu tunggu oleh umat islam seluruh dunia.

Bulan yang mempunyai 1001 rahsia dan hikmah.

**Dari Imam ahmad dan muhammad bin Nasar al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi hurairah sabda Nabi S.A.W:dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka:Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.Malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka puasa,Allah hiasi setiap hari syurganya,kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu,diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam &nb sp;
  ; Hadis ini menunjukkan kemuliaan Ramadhan dan mulut orang yang berpuasa disisi Allah S.W.T di samping syaitan dibelenggu kerana kel;ebihan Ramadhan
**Dari Imam Bukhari Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa"d sadda Rasullullah S.A.W:sesungguhnya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan al-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanyalah orang yang berpuasa.Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya.Al-Hafiz ibn Hajar menukilkan daripada al-Zain bin al-Munir dalam al-fath al-bari:sesungguhnya dikatakan pada syurga,tidak dikatakan bagi syurga untuk menggambarkan bahawa pintu itu sendiri sebahagian daripada kenikmatan dan kerehatan yang membawa lebihan rasa rindu kepadanya.:Mengikut riwayat al Nasaei sama seperti diatas kecuali ditambah sabda Nabi S,A,W sesiapa yamg masuk didalamnya nescaya dapat meminum dan siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
           selain tu,,ary neyh 1 ogos 2009 till sekrng da gnap da 2 tahun bersama ngan dye,,alhmdulillah kami dapat menhadapi n bersama sejauh nie,, banyak cabaran,msalah kitorng lalui bersama..tapi taon neyh kurng ckit la,,al-maklum la msing2 nak SPM,,so,sndri mau ingai lak,,kapel2 gak,,stdy jgn lupe,,mse dpn oi,,HAHA,,pew kata2 aq nak ucap kat dye?hurm,,pew ek,,ok,,kalo la dye bca blog aq aq nak dye bca neyh :
    *terima kasih kerana sudi menjadi TEMAN hidup saya!
    *terima kasih kerana memahami diri saya!
    *terima kasih kerana memberi kebahagiaan dalam hidup saya!
    *terima kasih kerana memberi peluang dalam diri saya setiap kali saya melakukan kesilapan!
    *terima kasih kerana menyayangi saya!
    *terima kasih kerana menghargai saya!
    *terima kasih kerana sentiasa membuat saya tersenyum!
    *terima kasih kerana sentiasa memberi semangat kepada saya!
    *terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia pada setiap masalah saya!
    *terima kasih kerana menerima saya seadanya!
    *terima kasih kerana menahan setiap kerenah diri saya!
    *terimaa kasih kerana memberi saya peluang tok cipta kenangan bersama!
  TERIMA KASIH tok SEGALANYA!!!..

AHLAN WASAHLAN!<3

   


Friday, July 15, 2011

PLKN yg dinanti,,

Latihan Khidmat Negara (PLKN),,bende neyh selalu dinanti oleh pelajar2 yg ngah dok spm,,haha,,mcm nak dpt result gementar nyek,,padahal dpt pew jew,,bg mereka yang mmg nak msuk,,ble dpat tau dyorng dpt!,,bkn maen masyuk ag,,mnjerit kegembiraan,,bagi mereka yang nak tapi x dpt,,relax g la,,msh 'cool'..TAPI,,pada bdax2 yg mmg x prnh niat pown nak g,,perh,,jgn kap,,'frust thap gaban' ble dpt tau dyorng trplih,,yg x ley bla,,dlm klas aq 3 owg jew yg dpt,,2 boys n 1 gurl,,nisa, faiz n ayul,,ayul n nisa still ley 'steady' ag an,,tapi,,mmbr aq faiz,,perh,,tros x ley nak blajo,,hlng tros mood dye ble dpt tau kne g,,hahah,,kelakar aq tgk,,tpi ksian la jgak,,nak wat mcm ne an,,hahah,,faiz2,,oh ya,,
               aq?,,aq x dpt pown plkn,,actully,,aq x ksh pown,,dpt kew,,x dpt kew,,x ksh,,tapi kalo dpt bgos gak an,,sekurng nyek dpt la aq memotivasi kn dri aq neyh ha!,,tapi x ad rzki,,da la,,bgos gak x dpt,,haha..agpn mak aq mmg da doa2 spya aq x dpt,,bse la,,aq neyh bkn kuat sgt,,bnyk sgt 'penyakit'y mndtg,,hahah,,nsib ko la epa,,,
               k la,,stkat neyh jew,,continue for stdy,,kpd dax2 yg dpt,,tahniah,,gud luck,,pada yg x dpt mcm aq,,rdha la,,rzki kite mybe bukan kat situ,,so,hrap2 rzki kita pada spm t,,Insya-allah...so,,gud luck tok sume,,doakn kejayaan aQ,,EFFA SYAMIMI BT RUHAIZAD-10A1 SPM 2011..Amin!!!!!!!!!!!,,,piece!

Wednesday, June 8, 2011

happy bufday tooo mmeee!!,,:)

hai,,assalamualaikum sume!,,huhu,,,

hari neyh bru smpat update foto bzday aQ,,huhu,,bzy la,,ala,,pic cikai2 jew,,huhuh,,eh,,x sngka lak  aq da tue da,,huhu,,bzday aq 2 jun lpas,,huhu,,alhmdllh,,dpt smbt ngan aty yg gumbira,,hahaha,,,makin meningkat remaja,,makin tue,,n makin,,,,,tuuuuttt!,,,,hahaha,,,pew ag,,msuk gua tiang dua ler,,hahaha,,oh ya!,,kat bawah nie ad pic kek bzday aQ,,huhu,,

huhuhu,,nie ha,,kek base jew,,kecik,,tapi yg penting berharga dlam idop[ aQ,,kek coklat!,,huhu,,of course la,,my favourite!,,haha,,

neyh pic aq bersama ngan kek aQ,,hahah,,,ok la,,before aQ chow,,kawan!,,doakan yg terbaik tok diri saya yek!,,doakan kejayaan saya di dunia dan diakhirat,,,doakan kejayaan SPM sya,,doakan sya menjadi anak yag solehah..doakan sya untuk menjadi owg2 yg terpelihara dari melakukan segala kejahatan n segala perbuatan maksiat!,,,AMINNNNNN!!!!!!!!!!,,,terima kasih!,,that's all for today!,,out dlu,,daa!,,,,,assalamualaikum!,,,:)